.:: Cahaya Malam ::.






C A H A Y A M A L A M~



   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31







Cantik wanita kerana
kejernihan wajah,
Manis wanita kerana
senyuman,
Ayu wanita kerana
kesederhanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana
kesabaran,
Mulia wanita kerana
keimanan dan cintakan ilahi






innocent


Result for Nur Haslaily's personality test :


You're the innocent girl next door.
You are friendly, cheerful, kind, and happy.
You like to spread your happiness around
making people feel warm and joyous.
To do this you like to bake cookie and
muffins while giving kind compliments.
Plus you actually give apples to your teachers.
You're pure and innocent and
most likely haven't broken many rules.
Everyone loves you.
How can they not?


~Just for fun only!





~Pasrah Segala

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci






~OGOS!
Personaliti Bulan 8 mengikut kajian Dr Fazilah Kamsah, Waahuallam

  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun dan caring terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • orangnya agak tegas dan berkepimpinan
  • pandai memujuk orang lain
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri yang sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk
  • mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  • cepat berfikir
  • fikiran yang berdikari
  • suka memimpin dan dipimpin
  • sifat suka berangan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • cepat ditimpa penyakit
  • belajar untuk relax
  • sikap kelam kabut
  • romantik, pengasih, penyayang
  • suka mencari kawan






  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Tuesday, May 08, 2007
    I passed!

    5 years study.. and now it's over!

    huh! what  can I say more?!

    macam tak percaya!

    /*malam ni boleh la edit blog*/

    i passed my project 2!
    terngiang² lagi sir azlan wish tadi " Ok haslaily, congrate! U passed!"
    alhamdulillah, syukur pada Allah.
    untuk sekalian orang yang banyak membantu. terima kasih. Untuk majel yang menolong mengambil gambar COIT dan mengajar owang banyak bender, pakngah yang mencari keygen untuk sketch up, dee yang mendoakan dan memberi moral support, meminjamkan xternal hd dan mic, mengkritik, dan menghadiahkan Ulead Video Studio 9. nisa yang tak putus² bagi semangat, doa dan motivasi. elah yang setia bagi komen. dan fiza yang paling penting, tester yang paling bersemangat. iza pun sama yang jadi tukang me'rotate'kan coit ly. anyway... sumbangan korang memang Allah je boleh balas. doa, semangat dan dorongan korang, Insya Allah moga dibalas kebaikan dunia akhirat. terima kasih semua. untuk mak jane n mak ainie, atien, juga kak mimi, kak lin n k lia.... terima kasih kepada semua yang memberi kata² semangat. masin mulut korang ea. dalam rasa kurang yakin, melihatkan keyakinan korang, itulah semangat dan ketenangan yg dibawa. syukur alhamdulillah. mcm tak percaya! baiknya Allah tu kan...

    walaupun mama, abah dan makcik² tak baca blog ni. tak mampu nak lafazkan berapa tingginya penghargaan untuk jasa, budi, pengorbanan, doa dan restu yang depa dah taburkan... thank you Allah

    sekian lama membekukan blog dari sebarang tulisan. semasa sibuk (konon²) menyiapkan project dan exam. sengaja mendiamkan diri. akhirnya malam ni boleh menulis. . .

    awal² lepas xm dulu, memang cukup gerun. buku microp pun bimbang nak kalih. tapi sekarang alhamdulillah, semua subject passed. alhamdulillah. maka, berakhirlah segala subject²ku di Uniten. bak kata sir jambo, lepas xm, nak campak buku microp pun campak la. now, dengan beraninya dah boleh campak (macam iye je kan..)

    maknanya yang tinggal hanya siapkan thesis (report project 2) sahaja. Insya Allah by next week mudah²an selesai la semuanya. Dan boleh la honeymoon ... balik kampung. Rindu amat rasanya. Boleh jadi surirumah sepenuh masa. Hoyeaa! Kenapa entah rasa happy sangat rasanya boleh balik kampung... hehe (sengih)

    hold dulu soal kerja. kalau ada rezeki Allah bagi, syukur alhamdulillah. penat juga penantian blajar 5 tahun. so, mari sama² rehatkan minda, rehatkan badan, ... legakan hati... bercuti la dulu bagi yang ada masa. bila lagi nak bersama family. kot² lepas ni dah tak ada masa. bukan selalu boleh menghambakan diri dan berbakti sepenuh masa pada mak dan ayah kan. mana tahu peluang tu datang sekejab je kan. so, sekarang la selagi ada masa kan... huhu. jadi driver ke, tukang masak ke, chef ke, jadi bibik ker, cikgu tuisyen tak berbayar ke, baby sitter sepenuh masa di rumah ke... wahh seronok nya!

    ok la. untuk malam ni, kita stop dulu. mata pun dah pedih. pe tak nya... penat gak ea... bertungkus lumus untuk project ni. stay up dan mgadap pc. mata pun dah itam. berat pun dah turun 3kg mendadak.. huhu. penangan project 2. akhirnya malam ni dah boleh tido tanpa diiringi nightmare. tak ada dah terbayang² stereoscopic, montage tak jalan.. muka panel².. hopefully semua tu tinggal kenangan manis terakhir di Uniten. Insya Allah.

    // kita sambung esok pula... anyway thankz pada entah siapa yang bagi det untuk blanje kami² makan malam ni ea. arigato gozaimas... next..?? sapa nk blanjer??? huuhu~

     

    p/s: alhamdulillah so far, nisa, elah, ly, fiza n kak lin passed project 2. tinggal kak lia je sok... to be continued... chaiyork kak lia!


    Posted at 09:27 am by malam5758
    Comments (2)  

    Saturday, April 07, 2007
    || Rezeki kita DIA yang tentukan

     

    Ya Allah !

    Bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu,

    keindahan itu adalah keindahan-Mu,

    kecantikan itu adalah kecantikan-Mu,

    kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,

    kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu,

    dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.

     

    Ya Allah ! Ya Tuhanku,

    jika rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah,

    dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah,

    dan jika sukar maka mudahkanlah,

    jika haram maka sucikanlah,

    jika masih jauh maka dekatkanlah.

     

    Berkat waktu Dhuha-Mu,

    Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,

    Kekuatan dan kekuasaan-Mu,

    limpahkanlah kepada kami

    segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh ~

     

     

     ___

     

     

    Rezeki kita DIA yang tentukan! Hidup mati kita, jodoh dan pertemuan, segalanya milik percaturan DIA. Tinggal ‘homework’ yang perlu kita buat adalah berusaha sehabis daya, berikhtiar sehabis baik dan bertawakkallah dengan sebenar-benar tawakkal. Yakinlah dengan sepenuh hati akan kuasa dan ketentuanNYA.

     

    Kenapa nak mempersoalkan bilalah nak dapat kerja, bilalah nak dapat A, bilalah nak dapat Dean’s List, bilalah nak jadi best student. Bila dan bila? Semua itu ‘kerja’ DIA. ‘Kerja’ kita, usaha, usaha dan usaha. Ikhtiar, ikhtiar dan ikhtiar. Yakin, dan berdoa. Jangan patah semangat. Jangan putus asa. Jangan mengaku kalah. Jangan menyalahkan takdir. Jangan membenci dan menyalahkan DIA. Rezeki kita DIA yang tentukan!

     

    “Pintalah pertolongan dengan jalan yang sabar...” Satu lagi, jangan lupa – bersyukurlah! Jadilah insan yang sentiasa rendah hati, rendah diri pada DIA dan sering kali bersyukur pada nikmah yang tak pernah kunjung padam.

     

    Jujurnya, lagi lambat nikmat datang. Lagi dekat kita pada DIA. Lagi kasih kita pada DIA. Andai kata senang-senang kita dapat A, senang-senang kita siapkan project, senang-senang pergi 1 temuduga terus dapat kerja... adakah hati kita reti untuk berterima kasih. Adakah hati kita pandai untuk menyukuri. Adakah hati kita bebas dari riak dan takabbur.

     

    Rezeki kita DIA yang tentukan! Biarlah lagi banyak diduga, lagi manis terasa. Biarlah terasa kerdilnya diri saat mengadu mengadap DIA. Biarlah basah lencuh bermandi air mata saat seper3 malam bangun bermunajjat merayu pada DIA. Biarlah rasa malu dan sedih saat sujud mengadap DIA. Biarlah rasa hinanya kita berbanding insan lain. Biarlah DIA satu-satunya tempat kita mengadu dan meminta. Biarlah rasa kerdilnya diri saat ketika kita sedar, kita hanya manusia biasa yang tiada apa-apa. Rezeki kita DIA yang tentukan!

     

    Bersyukurlah dengan nikmat, kecantikan, kelebihan, kebolehan, kepandaian yang ALLAH pinjamkan untuk kita. Kita hanya manusia biasa yang tiada apa-apa. Tak perlu iri dan cemburu pada yang lain, sebab mereka pun insan biasa. Yang dipinjamkan ALLAH segala kelebihan sementara. Belajarlah untuk berkata ‘Alhamdulillah’. Kerna tiap kerdipan mata, tiap helaan nafas kita, tiap suapan nasi kita, tiap tegukan air kita adalah milik dia. Milik Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan!

     

     

     “hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan...”

    al fatehah : 5

                                           

    * sekadar menulis saat ada sela masa antara study dan final project. buat sahabat sahabiah semua, all the best untuk xm dan fyp. moga allah permudahkan kita semua ea. try the best until the best is over. gambatte! buat yang dah dapat kerja, tahniah! moga terus sukses. dan yang masih ‘job hunting’, sama-samalah kita ea. chaiyork²! buat adik-adik tersayang, teruskan perjuangan ea. jaga diri elok² ea sayang. doakan kami semua terus istiqomah dan keep in touch! doakan kami yeah! 

     

     

    || i b t i s a a m


    Posted at 01:59 am by malam5758
    Comment (1)  

    Friday, February 23, 2007
    || H A T I

     

    Dari Abu Hurairah An Nu'man bin Bayir r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "……….Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itu yang dikatakan hati."

    (Maksud Hadis: Riwayat Bukhari dan Muslim)   

     

    *Aku rindu dengan entry lepas. Juga bicara tentang hati. Tapi bimbang kiranya menguris hati² lain. Maka, aku hazafkan ia. Tapi aku rindu akan ia. Baik ku tulis lagi, dengan bicara lebih cantik.

    Hati. Al-Qalb. Heart.

    Manusia mana pernah akan puas [ ! ]

    Bila kita lihat orang yang berkereta besar, hati mula terasa iri. Terasa ingin sama memiliki.

    Bila lihat sahabat terima markah yang tinggi. Kita mula mendendami. Kenapa aku tak merasai.

    Bila kawan berbaju cantik. Hati mula menjerit². Aku pun ingin baju yang begitu-begini.

    Bila kita merenung sahabat yang jelita. Kenapa dia sahaja yang cantik? Aku pun ingin serupa.

    Bila sahabat dapat kerja hebat. Hati mula berdegup kenyang. Kenapa aku tak sebertuahnya.

    Bila teman terima gaji yang mahal. Kita mula merasa tertekan. Aku pun ingin begitu.

    Aduhai hati yang alpa. Bilakah akan bertemu noktahnya.

    Alangkah baik jika pandang iri kita, hati yang mengubahnya menjadi cantik. Alangkah indah jika kita manifestasikan kekurangan kita sebagai satu anugerah, dan kelebihan kita satu keinsafan.

    Kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah: Untuk soalan keduniaan, bandingkan diri kita dengan orang yang kurang drp kita. Dan untuk soal akhirat, ibadat, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih dr kita.

    Orang yang berkereta, bandingkan kita dengan orang yang berbasikal, orang yang berbasikal, bandingkan kita dengan yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki, bandingkan pula dengan yang tiada kaki. Barulah kita mengerti dan menyukuri.

     

    [ senyum ]

     

    Aku ingin hati yang bersih,

    Yang jujur bila berbicara,

    Yang ikhlas bila membantu,

    Yang kuat bila difitnah,

    Yang tabah bila diuji,

    Yang bersyukur bila disakiti,

    Yang gembira bila dikhianati,

    Yang ceria bila dibenci,

     

    Aku ingin hati yang bersih,

    Yang aib bila menghina,

    Yang hina bila meminta,

    Yang insaf bila terleka,

    Yang menangis bila menyakiti,

    Yang sugul bila membenci,

    Yang malu bila dipuji,

    Yang tawadduk bila dikasihi.

     

     

    Sungguh! Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yang bernama manusia. Bagi insan hina seperti aku, yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka, hanya 1 pinta ku Ya Allah – Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih.

     

     

     

    p/s: Teman², andai pernah terluka oleh tangan, laku dan kataku – Ampunilah aku!


    Posted at 12:48 am by malam5758
    Comments (2)  

    Saturday, January 13, 2007
    ||Rahsia Sukses?

     

     Ada segelintir yang melontar soalan,

     

    || apa sbnrny rahsia belajar?

    || macam mana ea nak sukses dalam akademik?

     

    Em, seolah² soalan itu salah pada tempatnya. Tak kena pada tuannya. Dulu lain, sekarang lain. Teringat 1 testimonial sahabat sekolah rendah dulu “rindu bangat sama lo kawanku ni selalu jadi best student masa kecik² dulu..sampai lo ni alhamdulillah”. Terpaku membacanya, best student? Kelakar bunyinya. Ish², dulu lain, sekarang lain….

     

    Tapi, bagi tak menghampakan yang mengusul soalan, entry kali ini owang tulis khas untuk berkongsi tip² cemerlang belajar. Tapi bukan sepenuhnya daripada owang, drp sahabat² sekeliling yang jauh lebih hebat dan cemerlang.

     

    Owang ambil beberapa sample daripada 4 tahun ++ pemerhatian owang di bumi Uniten.

     

     

    Sample 1 : Cik Honeysah

     

    Daripada pengamatan owang, Cik Nisa ni budaq yang pandai. Gifted mungkin. Kelebihan utama dia pada kepakaran bahasanya. Boleh dikatakan, penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dia pada gred A+. Ini advantage bagi siswi² yang menggunakan English sbg medium perantaraan utama di kampus. 1 kata kunci yang owang selalu teringatkan kata² dia, “target biar tinggi”. Kalau kita aim untuk 3.50, maka kita kena ada target untuk 4.00. Lagi plak, Cik Nisa ni, bila dalam kelas dia akan bagi sepenuh perhatian, no sms, no talking etc. Dan Cik Nisa ni, suka ulangkaji guna buku teks, kesimpulannya dia akan hadam dan betul² faham apa yang ada dalam buku teks. 1 tabiat yang patut dicontohi, tiap kali sebelum xm, dia akan jumpa lecturer dan minta dihalalkan semua ilmu. Bagus sangat² la tu. Ha, brapa kerat je yang sanggup wat mender ni. Cubalah, Insya Allah lebih sukses dan diberkati, owang dan cuba dan terbukti, .. cubalah, Insya Allah tak menyesal.

     

    Sample 2 : Cik Iza

     

    Owang tak la terlalu mengikuti sangat corak Cik Iza ni menelaah. Tapi satu yang owang suka nengok, before dier mulakan ulangkaji dia akan tadah tangan, doa moga dipermudahkan menuntut ilmu. Tapi, Cik Iza ni memang minah library. Dia memang sangat la rajin berkampung di library. Kesimpulannya, dia memang rajin, dan tak sia² la dia bersungguh² studi. Ada pulangan bagi orang yang sabar dan bersungguh². Selain drp tu, Cik Iza ni suka menjaga pemakanan, contohnya dia amalkan pengambilan madu, kismis etc. Yang mana elok untuk otak dan tubuh badan.

     

    Sample 3 : Cik Fiza

     

    Fiza ni otak programmer. Dan, orangnya jenis berfikiran logic. Prinsip dia mudah, apa² pun yang dia blajar dia kena betul² faham. Satu kelebihan Fiza, dia  mampu bertahan sampai tak tidur malam. Tapi, esok paginya, confirm dia akan qada’ tidur. Fiza ni pun orang yang bersungguh². Dan dia suka mengkaji dan argue kenapa jadi macam tu dan macam ni. Sifat +ve nya, once dia jatuh, dia cepat bangun semula. Pendek kata, bermotivasi tinggi.

     

     

     

    Sample 4 : Mr Fithrihelmi

     

    Owang sbnrny memang tak tau pun canggane dier study. Tapi owang tersentuh hati mase 1 malam, 1st gathering, masa bagi ucapan. Dia bagi tips untuk berjaya blajar. Yang mana, dalam 5 waktu solat, pas solat fardhu biasanya kita kan solat sunat. So, petua dia, ambil lah 1 daripada 5 waktu solat sunat tu untuk kite solat sunat hajat secara konsisten setiap hari. Dan, doalah untuk kecemerlangan dalam menuntut ilmu. Ni rahsia macam mana dia boleh dapat DL. Dan, part yang owang kagum gak, bila dia betul² nak sesuatu dia akan betul² sungguh² untuk dapat mende tu. Contoh, mcm ms blajar dulu, dia suka sgt ckp nak keja ngan TNB, dan alhamdulillah dimakbulkan. The good thing is, bila dia dah dapat, dia cuba bantu adik² yang lain untuk excel macam dia. Kesimpulanya, x lokek ilmu.

     

     

    ***Terlalu ramai yang sukses dan ini hanya segelintir sahaja yang owang kongsi dari pengamatan owg di bumi UNITEN. Contoh² lain mcm Kak Jaja, Kak Lin, Kak Mimi, Kak Ainie dan ramai lagi yang lebih cemerlang drp owang. Hopefully, sample² yang owang gunakan ni tak keberatan untuk owang kongsi dengan yang lain. Dan, orang lain yang owg tak jadikan sample bukanlah bererti tak hebat, tapi, terlalu banyak untuk dihuraian. Tapi kalau tak keberatan, sila²lah postkan comment untuk menambah tip² untuk berjaya dalam akademik. Untuk perkongsian bersama.

     

     

    || Amalan² diri sendiri

     

     

    Setiap orang ada corak dan cara tersendiri untuk belajar. Cara yang sesuai dan ikhlas sahaja yang boleh menghasilkan kejayaan cemerlang untuk setiap orang. Kalau tanya apa petua owang, ada banyak juga yang owang ikut sample² di atas, contoh, mcm solat sunat hajat yang abg fith turunkan ilmu tu, jumpa lecturer sblm xm, doa sblm study etc.

     

    Tapi amalan² owg yg x sberapa yg boleh share, contohnya :

     

    1. Jaga hubungan dgn Allah

    (Solat, Qiam, asmaul husna, ngaji etc- buat dgn hati gembira bkn terpaksa)

    1. Dalam sujud akhir slalu konsisten doa dalam hati untuk dapat apa yang kita nak

    (cth: nak 3.50, nak A untuk CBT etc..)

    1. Doa spesifik

    (cth: sebut betul² apa subjek yg kita nak A satu per satu)

    1. Jaga hubungan dengan mama & abah

    (mintak dimaafkan dan diberkati)

    1. Owang suka wat mind map &  notes

    (ikut kefahaman kita)

    1. Fokus dalam kelas
    2. TANYA bila TAK tahu, JGN MALU bertanya pd yang LEBIH tahu, fahamkan sampai BETUL² FAHAM
    3. Kalau ngantuk, rehat dulu, bila dah ready otak, dah cukup rehat baru sambung study

    (jangan paksa diri)

    1. Tiap buku @ helaian nota yang owang blajar, owang slalu tulis menda² yg manis

    (cth: lukis love, “senyum sokmo”, “be happy”, shoot for 3.5 above etc)

    1. sengih² sokmo, happy sokmo², baru la senang ilmu nak masuk J

     

     

     

    Waahuallam, owang pernah jatuh teruk, pernah jugak bertatih untuk bangkit semula. Bukanlah orang yang hebat sepertimana sample² di atas dan orang² di luar sana. Entry ini adalah perkongsian untuk manafaat bersama. Owang dan anda yg membaca. Apa² pun, percayalah, kalau kita yakin dengan Allah dan bersabar, Allah akan ganti segala susah payah dan keyakinan kita dengan sesuatu yang sangat² manis. Jadilah orang yang selalu bersyukur dan merendah diri. Sebab, segala²nya datang drp DIA. Perkongsian ini pun dengan izin Allah, mana tahu viewer² yang membaca, yang sedari azali lagi sudah cemerlang akan bertambah unggul. Mudah²an, segala ilmu kita diberkati dunia dan akhirat. Ameen =D

     

     

     

    *Nur Malamur comments are most welcomed


    Posted at 03:37 am by malam5758
    Comments (5)  

    Friday, January 12, 2007
    2 dalam 1

     

    || Microp Dan Friendster

     

    Huu. Masa owg menulis entry baru ni, baru je selamat pas jawab Test 1 untuk subject Microprocessor. Soalan² yang menarik! Ha ha ha. Terutama untuk owang² malaih study mcm owg ni. Padan muka sendiri. =P

     

    Pas xm petang tadi, sempat la menemankan Fiza ke Pasar Malam Seksyen 4. Konon, nak lepaskan tension ea Fiza. Banyak la!!! Mahu luruh jantung owang nengok Fiza antor kertas awal². Tapi x la pelik pun. Dia memang husler. Quiz 1 pun scorer. Tinggal la owang yang terkedek² nak menjawab sampailah masa tamat. Sekarang, Fiza dah selamat ‘syahid’. Tinggal la owang ngan Cik Elah je yang masih lagi betah ngadap PC memasing.

     

    Kepala tgh berat. Nak ngadap Project, rasa belum ilang lagi penat dan berat di kepala. So, dgn tak de perasaan, bukak la Friendster, tengok gambar kekawan MRSM dulu. Huu, dah ramai yang konvo. Al maklum la owang ni kan antara berapa kerat je la manusia MRSM PC yang tak terbang ke mana². Warganegara yang setia pada tanah air la katakan. Chey wah - Huhu. Kalau x hebat tu, ngaku jerk la kan. Hehehe.

     

    Seronok nyer tengok orang pegang scroll, pakai jubah convo, dpt hadiah banyak².. bestnya. 5 tahun tak jumpa, banyaknya beza kekawan owang. Owang pun same. Hehe. Dressing, style, attitute... mostly, memang banyak berubah. Kadang² terkejut, macam tak percaya. Dari yang brutal, dah ramai yang jadi ayu sekarang. Dan tak kurang gak ramai yang dah bertukar status, dari single dah jadi buah ati orang, tunangan orang dan ada jugak yang dah selamat berumahtangga. Cepatnya masa berlalu ye.

     

    Agaknya, kalau wat re-union kita, mesti meriahkan. Rindunya ngan kekawan PC dulu. Tetiba terasa plak gerun. Orang seme dah keja, sure kerja gempak². Mana tak nya, majority, graduate from overseas. Owang ni, cikai² je. Dah la dok U dalam M`sia je, result pun tak la gempak dan meletup² macam geng² 7 owg yang len. Em, ape la nasib badan nanti. =<

     

    *Sendiri gigit jari.

     

     

     

     

    || Dilema Project 2

     

    Project 2 Ooo Project 2. Lima minggu dah pun berlalu. Belum ada bayang² lagi project owang nk siap. Aduhai. Lagu mano ni?? Kalau tak BS, boleh la dimaafkan, ni dah BS satu semester. Huhu.

     

    Kurang 48 hari je lagi sebelum due akhir untuk antar draft report. 48 HARI ! Baru project biasa² je, ini pun tak leh gerak. Belum masuk mobile application macam Fiza, apatah lagi nak dibandingkan ngan wireless programming Nisa.

     

    Project owg hanya wat montage. Montage! Yang Majel, Pakngah dan adik² PPI leh wat dalam masa brapa minit je tu. Alahai. Montage o montage. Sampaikan ade yang bertanya “Montage pun boleh buat ye untuk Project?”. Huhu, e2 nak menunjukkan betapa cikainya tajuk project tahun akhir owang. Tak kisahlah. Yang owang tahu tajuk tu dicadangkan oleh lecturer, so owang amek je la. Senang ke idak tu... Huhu – tuan badan sendiri je yang rasa. =P

     

    Multimedia, ... alahai.. senang je orang cakap kan. Ye, mudah²an senang la. Ameen. Tapi nape owang BS eh? Napa  tak siap lagi ek? La la la ~

     

    *Ada owang nak tolong jawabkan???

     

     


    Posted at 06:23 am by malam5758
    Make a comment  

    Saturday, December 23, 2006
    || Lucky Seven

     

     

    || sorry, bahasa rojak akan diguna pakai

    || peringatan: posting kali ini lebih panjang drp biasa.

     

     

    *this posting, credit to 6 of my best friends

     

     

    Tujuh. Nombor bertuah kami ber-7. Betul ke? Waahuallam. Kalau nak rungkaikan perbedaan kami bertujuh, memang banyak. Tapi perbezaan itulah yang mendekatkan dan merapatkan kami. Variasi itulah yang menghidupkan dan mencantikkan perhubungan kami. Huhu. Sayang sangat pada mereka. . .

     

    Cik Atien  (=_=)

     

    Orangnya memang comel. Sangat teratur dan kemas. Protokol. Cermat orangnya. Memang calon setiausaha seumur hidup. Budaknya baik, kaya dengan idea, lembut pun iya. Kalau tanya bab tempat² makan, jalan² seluruh Malaysia, dialah pakar. Tambah plak gelarannya Ratu Rempit Muslimat. Huhu. Tapi Atien ni sensitive orangnya. Kalau dalam usrah kami, dialah Ratu Airmata. Mudah tersentuh hati, mudah simpati. Orangnya nampak ceria tapi sebenarnya penyimpan dan perahsia. Kalau tension pun simpan la sorang². Tak elok tu Tien, tak baik untuk kesihatan. Hehe. Well, wish u all the best untuk coming job interview k. Chaiyork²

     

    Cik Honeysah (-_-)/

     

    "Saya tak nak gtau!!!!!" ah, akhirnya, memang cair dengan minah sorang ni. Saya tau awak akan bukak blog saya. Huhu. Ni la sorang budak yang memang tak makan saman. Suka hati je nak paksa² orang citer pepe kat dier. Huhu. Sebenarnya tak la memaksa. Tapi dia ni bijak la. Kalau orang lain susah nak membaca owg. Tapi dier jenis manusia analytical. Pandai mengorek di sebalik yang tersurat. Orang lain, kalau owg senyum, senyum la. Tapi dia boleh bezakan antara tu senyum ikhlas ke, bermasalah ke, buat² ke. Memang pandai menduga. The best partnya, dengan dia tak payah explain banyak, dia boleh baca dengan sendirinya. Which is, i like the most. Dia boleh baca, owg nk makan kat mana. Dia boleh baca owg tetiba tido awal tu kenapa dan bla bla bla. Lg 1, suka cite pepe ngan dier coz dier tak memberi kata putus. Tapi dier akan bagi view +ve dan –ve. Then, pandai² la kita rumuskan sendiri. Dan biasanya pandangan dier, lain dr yg lain. Bagus². Part paling best, kalau tension², borak la ngan dier, sure terubat, coz dier akan bercakap tnp henti dengan mcm² gaya yang pasti wat kiter x kering gusi. Kalau x sempat on the phone ngan dier pun, cukuplah dengan sms, dah terubat. Hehe. Dan, dia ni la jugak sifu (dier kan DL byk kali) dan sumber inspirasi untuk owg tul² score dlm akademik. Thank yeah. Tapi, tabiat tak eloknya, cik Nisa ni suke jadi minah roti, dier boleh hidup ngan 3 hari terus tanpa nasi, janji ada roti. Ish², x elok untuk perut tui. Awak, rajin² wat project kt umah tu, jgn jd donnut udah, hehe =D

     

    Cik Hafiza ('-' )

     

    a.k.a Jijah. Tu nama glamour dia. Fiza ni tomey sangat. Dier mcm baby. Hehe. Kalau org tny pasangan kerja paling serasi ngan owg, ni la orgnya. Dia cepat pick up apa je kehendak org bile berprogram. Dier boleh baca cara owg keja dan idea owg. Seorang yang sangat detail bila bekerja dan sgt bersungguh². Tapi fiza ni ade angin dier, tetibe je dier boleh ubah fikiran, tak sampai 1 minit dier tukar plk fikiran. Sekejab nak balik Seremban, sat lagi nak stay kat Uniten, sat lagi dier packing balik Seremban. Comel. Hehe. Dier pun, sama mcm Cik Honeysah, kecoh gak. Fiza ni pandai, otak programmer. 3 pointer scorer. Hobi fiza ni suka baca online novel. Apa sahaja update baru, dia la yang memula akan tahu. Tapi newspaper, dier tak suke plak bace, hehe. Konon² tak suke masak, tapi sekali dan masak, memang confirm dah lulus. Hehe. Fiza ni sensitif gak orangnya. Mudah gak naik angin dan nangis. Tapi yang bagusnya, dier ni tak simpan lama. Mudah simpati dan kesiankan orang.  Tak sampai 1 hari, recover la dier. Jangan la pandai² wat dier nangis, nanti satu umah pening nak pujuk dier nangis. Hehe. Gelaran yang sinonim ngan dier mestilah Pinky, feminin orangnya. K ar, fz, jgn mare eh, fz ni ramai secret admirer. Huhu~

     

    Cik Iza ('',)

     

    Ni sorang muslimah solehah. Confirm, sapa pandang sure tak kalih mata punya. Cantik, bijak, lembut, ayu. Semua la gelaran Perempuan Melayu Terakhir tu ada pada dier. Cik Iza ni, manis orangnya, bila bagi pandangan memang salute punya, seorang thinker. Iza ni aktif budaknya, CEKAK la, PPI la, siap dapat Anugerah Semangat Kesukarelaan lagi. Dia ni suke sangat gubah² hantaran, comel dan kreatif. Dia suke main bola jaring, kata wakil sekolah ea. Plak tu pandai berenang, kalau tak, sapa la nak selamatkan owg dr lemas ea. Hehe. Tiap kali owg sakit, sure dier ade kt sebelah, owg pun tak tau ngapa. Hehe. Aura kot. Dia ni pakar masak memasak, rajin, suke plak ngan bebudaq. Ada ciri² seorang pemimpin yang unggul dan tegas. Memang hormat habis kat dier kalau dengar dier bercakap. Banyak ilmu budaknya. Tak yah cakap la kalau bagi tazkirah agamakan, memang berisi. Sama macam atien, cik iza ni pun minah rempit. Dan yang tak eloknya, suke makan pedas². Tak elok tu wak. Sakit perut kang. Hehe. Ha, iza ni kutu library. Ulat buku. No wonder la scorer dan DL beberapa kali. Segan owg ngan dier. Rajin sangat budaknya. Iza ni pun, macam Fz, ehem², ramai gak secret admirernya. Hehe, jangan mare wak. Awak, speggeti mana, lapo ni. Hehe ;D

     

    Cik Dee (._. )

     

    a.k.a suri rumah sepenuh masa. Pakar masak memasak inilah orang nya. Chef of the chef. Rajin sangat kat dapur. Biasalah, kakak sulung ea, maknanya tak lama lagi la tu ea Dee. Hehe. Tapi yg best nya masak ngan Dee ni, dia tak de ISO, campak je la apa pun. Dah hidang, sedap je semuanya. Dee suke sangat bawa keta macam rollercoaster. emm. Suka bawak kereta tengah² malam, speeding la tu. Dia pendengar yg baik, sangat baik & setia. Sanggup call, sms owg smata² nak ringankan burden di kepala owg ni. Kawan yg sangat ringan tangan, suke menolong. Slagi dier berkudrat, dia tolong punya. Dia pun 1 hamba Allah yang rapat dan pandai baca masalah owg. Penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Memang guarantee ni. Banyak membaca, suka gak berhujah ngan dier. Penganalisa, boleh dikatakan bagus. Kalau menulis, memang ayat berbunga², berseni, puitis pun ada. Cik Dee ni pencerita dan pengulas isu yang memang berkalieber. Ada karisma sebagai pemimpin yang unggul. Ada network yang bagus dengan org ramai. Becok pun iya. Bijak berceloteh dan kreatif. Tapi lebih tepat, suka loyar buruk. Kalau dier dah mula merepek, jangan la layan, nanti tak menang tangan kalau dia korek itu dan ini. Hehe. Seorang yang bertanggung jawab. Ketegasan tak dinafikan. Tapi ade gak time² degil tu kan, Dee. Hehe. Biasalah. Ha, Cik Dee ni, memang suka la bab² aktiviti dewan ni. Contohnya nasyid, memang sangat la bersemangat. Dengan kakak kompangnya, dengan vocalist nya. Memang hebatla. 2 in 1. Cik Dee ni, kecil², cili padi. Same macam kekawan owang yg len, ramai gak owang suke nye. Tapi yang tetap di hati, x tau la ea Dee... eh he he ;)

     

    Cik Elah ( '-')

     

    Orang kate, Cik Elah ni 'kembar' owg. Huhu. Kembar rupa je la. Kononla. Tapi tak sebenarny. Coz Cik elah ni lagi comel dan manis. Hehe. Maklumlah, ramai owang suke ea Elah. Hehe. Seorang yang menjaga penampilan diri. Sebab tu la slalu tengok dier kemas, bersih, comel, sejuk je mata memandang. Elah ni ratu teakwando. Nampak ganasz tapi sebenarnya ayu. Hehe. Orangnya macam tak kisah, tapi sensitif jugak. Jarang nak menitis air mata, tapi kalau tetiba dier sedih ke, menangis ke, memang kelu, tak reti nak mujuk. Huhu. Cik Elah ni banyak gosipnya. E2 yg owg kate, dier ni comel. Hehe. Memang berderet org menunggu. Hehe. Sometime dier boleh jadi org yg banyak ckp dan sometime dier boleh membisu seribu bahasa. Nampak pendiam tapi sebenarnya friendly. Suke dengar dier ngaji, jelas sebutannya dan tersusun. Elah, bile nak masak daging masak itam? ... sedap!!! 

     

     

    // Inilah sahabat² owang yang menjadi penawar saat suke duka. Waktu owg jatuh, depa lah yg sama² pimpin dan tongkat owg untuk bangun, dan berdiri gagah mcm la sekarang. Depa lah yang wat hidup owang berwarna-warni dari warna suram hitam dan kelabu. Setiap kalian yg ber-6, ada uniknya dalam keperibadian tersendiri. Kepelbagaian inilah membuat kita serasi dan gembira bersama. Kadang², tak tahu macam mana nak rungkaikan lafaz terima kasih, bagi korang yang terlalu banyak menabur jasa dan budi untuk owg. Dan tak dilupakan untuk Kak Ainie dan Mak Jane yang sama² pernah meminjamkan bahu untuk owg berpaut. Terima kasih teman, untuk selaut pengorbanan yang tak mampu owg bayar balik. Terima kasih untuk seluruh kehidupan dan keiklasan kalian dalam kesabaran menatang karenah owg yg pelbagai. Kiranya ada keaiban dan rahsia yang pernah owang tumpangkan pada halwa telinga kalian, simpanlah ia sebagai pengajaran dan buanglah ia jika menyakitkan. Andai terguris dan terluka, ampunkanlah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Andai ini 4 bulan terakhir kita bersama, moga ingatan kekal selamanya. Ampun dan halalkan segalanya. Terima Kasih teman.


    Posted at 01:21 am by malam5758
    Comments (13)  

    Next Page